teddies are better than pots of gold
Wednesday, August 29, 2007
0 loves teddies @ 7:46 PM

Saya baru sahaja selesai membaca sebuah artikel yang diberi oleh Cikgu Ismail.

Artikel ini bertajuk, ''Saya Takut Mayat Saya Kena Siang Macam Ikan''.
Artikel ini tentang, remaja-remaja yang mempunyai tatu.

Seorang pemuda bernama Rudi yang telah dua kali masuk penjara dan beberapa kali masuk pusat serenti. Dia juga penadih dadah dan seorang samseng jalanan. Tetapi kini, Rudi sudah insaf dan kesal dengan perbuatannya itu.

Walaupun Rudi sudah insaf dengan perbuatannya, dia mempunyai masalah.
Masalah-masalah yang dihadapinya ialah, tidak ramai orang yang dapat menerima keadaanya begini. Salah satu orang yang bersikap dingin terhadap dia ialah keluargannya.
Selain itu, orang-orang yang tengok dia, memandang sorong terhadap badanya yang dipenuhi oleh tatu. Rudi juga pernah menghilangkan tatunya sikit demi sedikit kerana tidak mampu membayar. Dia juga berkata bahawa kelihatan kesan kulitnya melecur.

Pendapat saya pada cerita ini ialah, kita harus memikir masak-masak sebelum buat sesuatu seperti membuat tatu di badan kerana untuk menghilangkan tatu itu, terlalu sakit dan harus mempunyai wang untuk menghilangkan tatu itu.

Sehingga sini sahajalah koment saya.
BYE!



0 loves teddies @ 3:21 AM

Petang tadi, saya telah membaca satu artikel yang bertajuk KAWAL REMAJA DENGAN IMAN.

Artikel ini tentang masalah sosial di kalangan remaja yang membimbangkan banyak pihak sehingga memasang kamera di sekolah, di taman dan di mana-mana sahaja dan sistem pendidikan perlulah meniup roh iman yang lebih mendasari jiwa pelajar dan suntikan keimanan dan ketakwaan yang akan mengawal tingkah laku setiap pelajar.

Saya rasa bahawa, dengan iman, pihak-pihak tidak perlulah memasang kamera dan remaja-remaja juga harus tahu bahawa kelakuan mereka juga disaksi oleh tuhan.

sampai sini sahaja koment saya. :)



Tuesday, August 28, 2007
0 loves teddies @ 9:33 PM

hi kawan-kawan!
Nama saya Nurul Syahira Bte Mardan.
Saya Belajar di Sekolah Menengah Shuqun dan kini dalam tingkatan 2B.
Saya telah belajar di sekolah ini selama dua tahun.

Tempat tinggal saya ialah Jurong East.
Saya telah tinggal di Jurong selama 2 tahun lebih.

CCA saya ialah volleyball.
Sukan volleyball ini telah banyak mengajar saya tentang kehidupan.
Jangan putus asa ialah salah satu pengajaran yang saya belajar.
Sukan ini juga memberi saya peluang untuk tenangkan fikiran saya.
Tetapi, saya tidak begitu gemarkan sukan ini kerana latihan-latihanya agak mencabar.

Pada waktu lapang saya, saya gemar memain guitar.

Di sekolah, saya belajar cara-cara memain alat musik ini.
Saya telah belajar bahawa, saya harus sabar untuk belajar alat musik ini.

Sampai sini sahaja, post saya hari ini.
BYE!! :D










PROFILE
anything, everything about you!

EXITS
links
links
links
links

TAG
tagboard code here! less than 120 px.

RAINBOWS
August 2007
September 2007

CREDS
Image: X
Brushes: X, X
Pattern: X
Layout: X