Tuesday, September 18, 2007
Apa khabar semua?puasa tak?
haha.
Pada hari ini saya ingin mengkongsi sikit pengalaman saya pada Hari Raya Aidilfitri.Sebelum hari raya semua umat islam diwajibkan untuk puasa. Puasa menahan hawa nafsu daripada makanan dan minuman. Kita juga harus membayar Zakat fitrah sebelum solat sunat Aidilfitri dimulakan. Setelah sebulan semangat berpuasa, kami menyambut Hari Raya Aildilfitri.Umat islam akan bertakbir dan bertahmid dengan memuji kesebaran Allah.
Sebelum hari raya , suasana persiapan untuk hari raya sangat kecoh. Ibu akan membawa adik bersama abang dan saya ke Geylang serai. Disana, kami membeli baju raya, kuih-muih, kad-kad hari raya, benda-benda perhiasan untuk rumah dan lain-lain lagi. Apa yang di inginkan semuanya ada. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah. Lagu-lagu raya jugak dapat didengari di radio dan di televisyen. Saya jugak membantu ibu membuat kuih-muih sebelum hari raya.
Pada Hari Raya, kami akan memakai baju raya yang dibeli dan ke rumah saudara-mara kami.
Ada saudara-mara kami yang mengadakan rumah terbuka. Rumah terbuka ini dapat mengeratkan silaturahim di antara saudara-mara saya. Ada kala, kami pulang ke rumah lewat.
Pada hari itu jugak, kami akan memohon maaf kepada orang tua kami seperti ibu dan ayah, makcik dan pakcik dan juga nenek dan datuk. Selain dari memohon maaf, kami mendapat duit raya daripada orang tua kami.
Salah satu benda yang saya gemar tentang Hari Raya ialah, makanan yang disediakan.Makanan seperti ketupat, lontong, rendang. Selain lauk-pauk, ada juga kuih-muih seperti kuih tart, kuih makmur, dan juga kek. Saya jugak akan pulang ke kampung untuk menziarahi saudara-mara yang tiggal di sana. Selain makanan, saya jugak gemar bermain bunga api dan mercun di kampung. Saya jugak akan menjemput kawan-kawan saya ke rumah pada hari raya.
Sampai sini sahaja post saya unuk hari ini.
Harap kamu berseronok pada hari raya dan jumpa lagi di post yang lain.Bye.