
Setelah saya melungsuri internet cara bagaimana hendak mengawal murid-murid tentang disiplin.
Sistem Merit - Demerit bagi tujuan mengawal dan mengatasi masalah disiplin di kalangan pelajar di sekolah ini. Sistem ini merupakan satu sistem memotong dan memberi markah kepada pelajar berdasarkan tingkahlaku mereka di sekolah ini. Pelaksanaan sistem ini akan memberi peluang kepada pelajar memperbaiki disiplin mereka. Ini kerana setiap pelanggaran disiplin yang dilakukan akan dipotong markah mengikut tahap kes dan juga pelajar akan diberi peluang untuk menambah markah mereka berdasarkan tingkahlaku yang baik. Dengan ini pelajar akan cuba mempertahankan tahap disiplin mereka pada tahap yang baik supaya tidak dikenakan tindakan atau hukuman. Sistem ini akan dapat mengawal disiplin pelajar dan sekurang-kurangnya dapat mengatasi masalah disiplin di sekolah ini.
Murid-murid juga berbiadap kerana perbuatan guru-guru mereka yang tidak munasabah.
Seperti dari pengalaman saya, seorang guru dari NIE mengajar kami. Dia memarahi saya kerana saya bercakap sewaktu beliau mengajar tetapi, itu tidak benar kerana rakan saya yang bercakap.
Ada juga yang berbiadap kerana dia berasa keseorangan dan hendak mempunyai kawan. Oleh itu dia berbiadap supaya dapat masuk ke dalam kumpulan-kumpulan kawan yang ada.
Sampai ini sahaja yang saya dapat berkata tentang kebiadapan terhadap guru. Assalamualaikum. :D
