Wednesday, August 29, 2007
Saya baru sahaja selesai membaca sebuah artikel yang diberi oleh Cikgu Ismail.
Artikel ini bertajuk, ''Saya Takut Mayat Saya Kena Siang Macam Ikan''.
Artikel ini tentang, remaja-remaja yang mempunyai tatu.
Seorang pemuda bernama Rudi yang telah dua kali masuk penjara dan beberapa kali masuk pusat serenti. Dia juga penadih dadah dan seorang samseng jalanan. Tetapi kini, Rudi sudah insaf dan kesal dengan perbuatannya itu.
Walaupun Rudi sudah insaf dengan perbuatannya, dia mempunyai masalah.
Masalah-masalah yang dihadapinya ialah, tidak ramai orang yang dapat menerima keadaanya begini. Salah satu orang yang bersikap dingin terhadap dia ialah keluargannya.
Selain itu, orang-orang yang tengok dia, memandang sorong terhadap badanya yang dipenuhi oleh tatu. Rudi juga pernah menghilangkan tatunya sikit demi sedikit kerana tidak mampu membayar. Dia juga berkata bahawa kelihatan kesan kulitnya melecur.
Pendapat saya pada cerita ini ialah, kita harus memikir masak-masak sebelum buat sesuatu seperti membuat tatu di badan kerana untuk menghilangkan tatu itu, terlalu sakit dan harus mempunyai wang untuk menghilangkan tatu itu.
Sehingga sini sahajalah koment saya.
BYE!