teddies are better than pots of gold
Tuesday, September 25, 2007
0 loves teddies @ 9:34 PM

Sebuah pengalaman yang ingin saya kongsi bersama adalah apabila saya berada dalam satu situasi di mana saya harus membuat pilihan. Pengalaman itu menghendaki saya membuat pilihan sama ada akan ke aliran ekspres atau normal akademik.

Setelah menduduki peperiksaan PSLE, saya dapati agregate saya hanya 197 mata. Oleh demikian, saya terpaksa membuat pilihan tentang aliran yang akan saya duduki.

Ibu bapa, makcik, guru dan juga rakan-rakan saya ingin memberikan pandangan dan nasihat tentang perkara ini. Saya menerima baik naishat mereka. Setelah berfikir masak-masak, saya telah mengambil keputusan untuk ke aliran ekspres. Hal ini demikian kerana saya akan menamatkan persekolahan menengah selama 4 tahun sahaja berbanding 5 tahun dalam aliran akademik.
Oleh itu, saya membuat pilihan untuk ke aliran ekspres.

Tamat. :D:D



Sunday, September 23, 2007
0 loves teddies @ 10:03 PM

Assalamualaikum semua,
pada lembaran ini, saya ingin mengongsi pengelaman saya ke Taman Warisan Melayu.

Saya ke sana bersama rakan-rakan darjah saya, Hidayah, Era, Hanzalah, Lutfi, Huda, Ashraf dan Arrifin dan juga bersama Cikgu Ismail, Cikgu Khadijah dan Cikgu Maizah. Kami ke Kampung Gelam pada hari selasa tarikh 12/09/2007. Kami ke sana menaiki bas. Kami tiba di sana pada pukul 2.15p.m.

Di sana, kami disambut oleh seoran pekerja lelaki yang bekerja disana. Kami memasuk ke dalam museum itu. Di dalam terdapat beberapa benda yang antique seperti syiling yang dipakai di Singapura pada beberapa tahun yang lalu. Syiling itu berbentuk unik, ada yang kata syiling itu berbentuk kuda. Di dalam museum itu juga terdapat beberapa keris yang berbentuk dan berwarna berlainan. Salah satu benda yang saya gemar apabila saya disana ialah sebuah rumah kampung yang dihiasi seperti orang-orang dahulu.

Setelah itu, kami pun pulang ke sekolah dengan gembira walaupon penat.

Setelah melihat museum itu, ada sebuah persembahan di auditorium.
Persembahan itu mengenai budaya melayu. Ada tarian dan juga kumpang. Mereka juga mengajar kami cara-cara menari dan berkumpang. Setelah persembahan itu tamat, kami mengambil gambar bersama penari-penari.




Wednesday, September 19, 2007
0 loves teddies @ 7:38 PM

Assalamuailakum semua,


Hari ini saya ingin mengongsi kenapa murid-murid sekolah berbiadap terhadap guru sekolah mereka.



Saya berasa bahawa murid-murid sekolah berbiadap terhadap guru kerana mereka mempunyai masalah-masalah seperti masalah keluarga atau kawan.
Tetapi, pada pendapat saya, murid-murid sekolah shuqun berbiadap kerana kurang berdisiplin.


Setelah saya melungsuri internet cara bagaimana hendak mengawal murid-murid tentang disiplin.

Sistem Merit - Demerit bagi tujuan mengawal dan mengatasi masalah disiplin di kalangan pelajar di sekolah ini. Sistem ini merupakan satu sistem memotong dan memberi markah kepada pelajar berdasarkan tingkahlaku mereka di sekolah ini. Pelaksanaan sistem ini akan memberi peluang kepada pelajar memperbaiki disiplin mereka. Ini kerana setiap pelanggaran disiplin yang dilakukan akan dipotong markah mengikut tahap kes dan juga pelajar akan diberi peluang untuk menambah markah mereka berdasarkan tingkahlaku yang baik. Dengan ini pelajar akan cuba mempertahankan tahap disiplin mereka pada tahap yang baik supaya tidak dikenakan tindakan atau hukuman. Sistem ini akan dapat mengawal disiplin pelajar dan sekurang-kurangnya dapat mengatasi masalah disiplin di sekolah ini.

Murid-murid juga berbiadap kerana perbuatan guru-guru mereka yang tidak munasabah.

Seperti dari pengalaman saya, seorang guru dari NIE mengajar kami. Dia memarahi saya kerana saya bercakap sewaktu beliau mengajar tetapi, itu tidak benar kerana rakan saya yang bercakap.

Ada juga yang berbiadap kerana dia berasa keseorangan dan hendak mempunyai kawan. Oleh itu dia berbiadap supaya dapat masuk ke dalam kumpulan-kumpulan kawan yang ada.

Sampai ini sahaja yang saya dapat berkata tentang kebiadapan terhadap guru. Assalamualaikum. :D







Tuesday, September 18, 2007
0 loves teddies @ 9:12 PM

Apa khabar semua?
puasa tak?
haha.

Pada hari ini saya ingin mengkongsi sikit pengalaman saya pada Hari Raya Aidilfitri.

Sebelum hari raya semua umat islam diwajibkan untuk puasa. Puasa menahan hawa nafsu daripada makanan dan minuman. Kita juga harus membayar Zakat fitrah sebelum solat sunat Aidilfitri dimulakan.

Setelah sebulan semangat berpuasa, kami menyambut Hari Raya Aildilfitri.
Umat islam akan bertakbir dan bertahmid dengan memuji kesebaran Allah.

Sebelum hari raya , suasana persiapan untuk hari raya sangat kecoh. Ibu akan membawa adik bersama abang dan saya ke Geylang serai. Disana, kami membeli baju raya, kuih-muih, kad-kad hari raya, benda-benda perhiasan untuk rumah dan lain-lain lagi. Apa yang di inginkan semuanya ada. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah. Lagu-lagu raya jugak dapat didengari di radio dan di televisyen. Saya jugak membantu ibu membuat kuih-muih sebelum hari raya.

Pada Hari Raya, kami akan memakai baju raya yang dibeli dan ke rumah saudara-mara kami.
Ada saudara-mara kami yang mengadakan rumah terbuka. Rumah terbuka ini dapat mengeratkan silaturahim di antara saudara-mara saya. Ada kala, kami pulang ke rumah lewat.

Pada hari itu jugak, kami akan memohon maaf kepada orang tua kami seperti ibu dan ayah, makcik dan pakcik dan juga nenek dan datuk. Selain dari memohon maaf, kami mendapat duit raya daripada orang tua kami.

Salah satu benda yang saya gemar tentang Hari Raya ialah, makanan yang disediakan.
Makanan seperti ketupat, lontong, rendang. Selain lauk-pauk, ada juga kuih-muih seperti kuih tart, kuih makmur, dan juga kek.

Saya jugak akan pulang ke kampung untuk menziarahi saudara-mara yang tiggal di sana. Selain makanan, saya jugak gemar bermain bunga api dan mercun di kampung.

Saya jugak akan menjemput kawan-kawan saya ke rumah pada hari raya.

Sampai sini sahaja post saya unuk hari ini.
Harap kamu berseronok pada hari raya dan jumpa lagi di post yang lain.

Bye.



Wednesday, September 12, 2007
0 loves teddies @ 7:47 PM

9) Permainan moden / tradisional

> Setujukah kamu bahawa permainan tradisional semakin pupus akibat
persaingan yang hebat berbanding permainan moden? Mengapa?
> Apakah jenis-jenis permainan moden yang popular pada masa kini?
> Apakah faedah yang diperoleh daripada permainan-permainan moden ini?
> Bagaimanakah caranya kita dapat mengekalkan dan mempopularkan sukan
atau permainan tradisional?

Mati kayu karena benalu
Patah layu dahannya mati
Mati Melayu karena malu
Kalah Melayu termakan budi



Assalamualaikum semua.

Apa khabar?

Saya ingin mengongsi kepada kawan-kawan tentang permainan moden dan tradisional.

Pada pendapat saya, permainan tradisional semakin pupus akibat persaingan yang hebat berbanding permainan moden kerana, permainan tradisional tidak tersebar begitu luas daripada permainan moden.

Contoh: Untuk permainan moden, ada iklan yang ditunjuk di telivision yang mengalakkan remaja-remaja zaman sekarang untuk bermain dan juga mengada peraduan tetapi tidak banyak iklan-iklan yang menunjukkan tentang permainan tradisional dan mengadakan peraduan.

Jenis-jenis permainan moden yang popular pada zaman kini ialah, permainan komputer seperti, Maple, Habbo, Audition. Ada juga permainan kard seperti, Duel Masters dan lain-lain lagi.

Faedah-faedah bermain permainan moden ialah, permainan ini dapat melatih kecekapan seseorang individiu, penelitian ilmu pengetahuan dan lain lain lagi.

Cara-cara yang boleh dapat mengekalkan dan mempopularkan permainan tradisional ialah,

mesebar permainan tradisional dengan
-membuat kampaign tentang permainan tradisional
-mengadakan perlawanan bermain permainan tradisional
-mengajar kepada orang muda daripada kita
-menulis sebuah artikel tentang permainan ini

Itu sahaja yang dapat saya menulis tentang permainan moden dan tradisional,
sampai sini,
Assalamuailakum.



Wednesday, August 29, 2007
0 loves teddies @ 7:46 PM

Saya baru sahaja selesai membaca sebuah artikel yang diberi oleh Cikgu Ismail.

Artikel ini bertajuk, ''Saya Takut Mayat Saya Kena Siang Macam Ikan''.
Artikel ini tentang, remaja-remaja yang mempunyai tatu.

Seorang pemuda bernama Rudi yang telah dua kali masuk penjara dan beberapa kali masuk pusat serenti. Dia juga penadih dadah dan seorang samseng jalanan. Tetapi kini, Rudi sudah insaf dan kesal dengan perbuatannya itu.

Walaupun Rudi sudah insaf dengan perbuatannya, dia mempunyai masalah.
Masalah-masalah yang dihadapinya ialah, tidak ramai orang yang dapat menerima keadaanya begini. Salah satu orang yang bersikap dingin terhadap dia ialah keluargannya.
Selain itu, orang-orang yang tengok dia, memandang sorong terhadap badanya yang dipenuhi oleh tatu. Rudi juga pernah menghilangkan tatunya sikit demi sedikit kerana tidak mampu membayar. Dia juga berkata bahawa kelihatan kesan kulitnya melecur.

Pendapat saya pada cerita ini ialah, kita harus memikir masak-masak sebelum buat sesuatu seperti membuat tatu di badan kerana untuk menghilangkan tatu itu, terlalu sakit dan harus mempunyai wang untuk menghilangkan tatu itu.

Sehingga sini sahajalah koment saya.
BYE!



0 loves teddies @ 3:21 AM

Petang tadi, saya telah membaca satu artikel yang bertajuk KAWAL REMAJA DENGAN IMAN.

Artikel ini tentang masalah sosial di kalangan remaja yang membimbangkan banyak pihak sehingga memasang kamera di sekolah, di taman dan di mana-mana sahaja dan sistem pendidikan perlulah meniup roh iman yang lebih mendasari jiwa pelajar dan suntikan keimanan dan ketakwaan yang akan mengawal tingkah laku setiap pelajar.

Saya rasa bahawa, dengan iman, pihak-pihak tidak perlulah memasang kamera dan remaja-remaja juga harus tahu bahawa kelakuan mereka juga disaksi oleh tuhan.

sampai sini sahaja koment saya. :)



PROFILE
anything, everything about you!

EXITS
links
links
links
links

TAG
tagboard code here! less than 120 px.

RAINBOWS
August 2007
September 2007

CREDS
Image: X
Brushes: X, X
Pattern: X
Layout: X